Kelas ICT Bersama Jururawat Klinik Desa
29 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2018, Pusat Internet Felda Perasu telah mengadakan kelas ICT bersama jururawat Klinik Desa yang bertempat di PI Felda Perasu. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang dan telah disertai oleh 2 orang jururawat dari Klinik Desa Felda Perasu dan 2 orang jururawat dari Klinik Desa Renok. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran ICT bagi mengisi maklumat pada laman web HRMIS. Laman web HRMIS adalah berkaitan pengurusan sumber manusia lebih tertumpu kepada aspek pentadbiran dan tugas-tugas pemprosesan yang rutin.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Mendedahkan kepada peserta cara mengisi maklumat di laman web HRMIS.
• Mendedahkan panduan keselamatan melayari Internet.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Amali mengisi borang di HRMIS
• “Klik Dengan Bijak”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: